Sunday, January 23, 2011

BILIK MAYAT

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital untuk menyiasat punca
kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada
penjaga bilik berkenaan.

Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua
pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

BURUNG MAKI


Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua sebagai kenangan.

Isteri : "Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?"

Suami : "Ooo.. awak nak tau ye??

Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya... secara spontan burung
kakak tua itu menyanyi Lagu Pop... Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula...

Isteri : "Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?"

Suami : "Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!"

Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah
tangannya dan terdengarlah...

Burung Kakak Tua : "SATU-SATU LAH... BODOH!!!"

SIAP KO HARUN!!


Hadi sedang nazak dan hampir meninggal...

Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi...

Hadi : "Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan padamu.."

Isteri : "Iya, bang.. cakaplah.."

Hadi : "Aku mau kau kahwin dengan Harun..."

"Isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama ini?! Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?" dengan terkejut isterinya bertanya.

"Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu..."

HARTA 7 KETERUNAN


Ada seorang Ibu sedang bercerita pada anaknya.
Ibu :"Dulu katanya keluarga kita adalah keluarga yang sangat kaya raya dan kekayaan harta keluarga kita cukup untuk 7 turunan".
Anak :"Tapi, kenapa keluarga kita sekarang miskin sangat bu?"
Ibu :(tersipu malu)"Kerana kita ini keturunan yang ke 8".

LEBIH PUNYA CUCU

"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.

Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???" (Atok marah tahap tertinggi)

Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain."

Atuk: "Tak sama apanyerr???"

Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?"

Atuk: "@#$%*&@##$"

I AM SORRY


Untuk menunjukkan kekuatan dan kehebatan negara masing-masing, maka antara Orang Amerika, Inggeris, dan Israel menguji kemampuan menggunakan panah. Dengan memanah buah epal yang diletak di atas kepala orang Arab.

Orang Amerika diberikan kesempatan pertama dan berhasil membelah buah epal menjadi dua, lalu berteriak: I am RAMBOO! Selanjutnya, orang Inggris pun berhasil memanah buah apel hingga terbelah menjadi empat tanpa mengenai kepala Si Arab, dengan tak mau mengaku kalah ia pun berteriak: I am ROBINHOOD!

Giliran terakhir, orang Yahudi dengan tenang dilepaskan anak panahnya dan tepat mengenai "mata si Arab", lalu dengan bersorak penuh kemenangan ia berteriak: I am SORRY!

MENU ITALI

Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal. Dia sendiri pun belum pernah masuk sebelum ini.. tapi demi mengambil hati teman wanitanya.. dia memberanikan diri untuk makan di restoran itu...

Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang disajikan.. si lelaki mengambil menu... Kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali.. dia memilih sembarangan...

"Waiter.. bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 2 orang" kata lelaki tadi..

"Maaf.. encik" jawab waiter

"Itu nama pemilik restoran ini"

LURUS BENDUL

Lima orang budak sedang bermain ditepi sungai.. tiba-tiba salah seorang dari mereka terjatuh kedalam sungai sedangkan mereka semua tidak pandai berenang.. Lalu salah seorang dari budak-budak itu menjerit..

"Tolong, Tolong"

Disebabkan jeritan itu sangat perlahan dan tidak didengari oleh orang lain.. lalu salah seorang budak lain berkata..

"Mungkin lebih baik kalau kita semua menjerit Bersama"

"Ya.. Idea yang sangat bagus" jawab rakannya yang lain.. dan mereka semua mula menjerit

"Bersama ! Bersama!"

JASA ULTRAMAN DIKENANG

Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser di'fire' Ultraman
Ultraman yg baik dikenang jua

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksaser
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Taro datang membantu

KURANG ASAM

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu
alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan
membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita
oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba
di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM
1.00..mesin komputer menjawab: "47 kg!"
Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer
menjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang
cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu.
Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:
"Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!"

DOKTAR

Seorang ibu muda pergi berjumpa kawannya yang kebetulan seorang doktor. Ketika rancak bersembang, anak kecil si ibu tadi sibuk menggeledah makmal kecil di rumah doktor tersebut. Si ibu tersebut tidak pula melarang anaknya yang semakin lama semakin rancak menggeledah bilik yang dipenuhi botol-botol ubat. Doktor tersebut tidak berkata apa-apa tentang kenakalan anak si ibu tadi.

"Prangggggg!!!" Bunyi botol kaca pecah. Barulah si ibu bersuara, "Saya harap awak tak kisah dengan anak saya tu. Dia memang nakal sikit. Biasalah, budak-budak."

"Ehh! Tak apa. Nanti sampai kat botol racun tu, diamlah dia," kata doktor tersebut dengan sinis."

SORRY


Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "

BURUNG KAKAK TUA

 


Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua
burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya
diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata
kepada si penjual burung.

Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam
itu RM1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.

JANGAN MENYAMPUK

 


Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC.
Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut
aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas
aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang
disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,
"Haa, camna sekarang ?"
Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, "Ok gak ler". Kemudian suara tu bertanya lagi,
"Kau nak gi mana ni??"
Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas, "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"
Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??". Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni,
habis beli aku chow la".

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata
"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya
soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Moral: jangan menyampuk time orang bercakap.

Saturday, January 22, 2011

hahahaha........tengok ni!!!

http://www.youtube.com/watch?v=2IP8g7-VPn4

3 SEKAWAN

 

Tersebutlah kisah 3 sekawan yang hendak berguru dengan seorang mahaguru yang terkenal..Mahaguru tersebut telah mengajak ketigatiga sekawan tersebut kesuatu tempat yang tidak diketahui. Sebelum memulakan perjalanan mereka mahaguru itu berpesan supaya setiap seorang dari mereka mesti membawa seketul batu. Si A dn si B membawa seketul batu yang besar tetapi kawan mereka yang seorang lagi hanya membawa sekrtul batu yang kecil.. Selepas berjalan lebih kurang 20km mereka pun merasa lapar dan mahaguru tersebut membawa mereka berhenti dan berkata " sila letakkan batu yang kamu bawa kerana saya nak jadikannya makanan kamu" maka kedua sahabat yang membawa batu yang besar mendapat makanan yang banyak tetapi se kawan yang membawa batu kecil hanya mendapat makanan yang sedikit. Si kawan merasa sangat marah.. Selepas makan, mereka memulakan perjalanan semula dan seperti biasa mahaguru tersebut menyuruh mereka membawa seketul batu seorang. Kali ini si A dan si B hanya membawa batu yang kecil tetapi kawan mereka yang seorang membawa sektul batu yang besar... Apabila tiba pada suatu tempat mahaguru tersebutpun berhenti. dan berkata " sila balingkan batu yang kamu bawa sekuat yang boleh sebab lagi jauh batu itu jatuh maka lagi besar kawasan tanah yang akan saya berikan kepada kamu." Maka mereka pun membaling batu yang mereka bawa. Sekali lagi si kawan marah kerana dia tidak mampu membaling batu sejauh 2 kawannya sebab batu dia besar.. Selepas itu mereka memulakan perjalanan mereka dan kali ini mahaguru tersebut menyuruh mereka membawa 2 ketul batu seorang. Si A dan si B membawa 2 batu yang sama besar tetapi Kawan mereka ini membawa 2 batu- 1 kecil dan satu besar- dengan harapan jika mahaguru mahu menjadikan batu itu sebagai makanan maka dia akan menggunakan batu yang besar, dan jika mahagu mahu menggunakan batu utk mendapatkan tanah dia akan memberikan batu yang kecil... Apabila sampai ke suatu tempat mahaguru itupun berkata" sekarang bersedialah kamu kerana batu yang kamu bawah itu saya akan jadikan biji pelir kamu" Alangkah terperanjatnya kawan mereka yang seorang kerana biji pelir yang menjadi sebiji kecil dan sebiji besar....